Khamis, 10 Jun 2010

Si Kampang dan Si Calang



alkisah maka tersebutlah kisah...

(sound effect : Jeng Jeng Jeng)

Hari ini Lemon akan membawakan suatu kisah yang SSSSSAAAAAAANNNNGGGAAAAATTT menyakitkan hati Lemon.

Lemon ada (pada suatu hari zaman tok kaduk punye moyang mude mude dulu) dua orang rakan yang agak Lemon respect. Mari kite gelarkan mereka sebagai :

a. Deghian jahat

















b. Pokok Lidah Buaye???(panjang sangat panggil Buaye j la)


















Kedua-dua mereka agak hebat. Masing-masing mempunyai kualiti tersendiri.
Dependable, confident , knowledgable (even though Deghian has an academic problem but Deghian managed well).Tak ade satu sebab pun untuk orang lain tak suke pada mereke.

Tapi mereke lame-lame makin berubah. Lemon rase gara-gara mereke bergelumang dengan Sir Shit A Lot dari Sains Ikan. (tak taw la..pre assumption Lemon jer). Sampai lah suatu mase mereke melepaskan hampagas kesialan mereka pada Lemon dan rakan-rakan...

Kisah 1

Lemon dengan jayanya telah dilantik sebagai pengarah untuk suatu majlis. H000reeeiiyyy. Maka, Lemon pun percaya lah pada mereka....Lemon turutkan permintaan mereka. Deghian dan Buaye berpesan "kami bz.....ade macam-macam program...so...tak leh nak tolong sangat".

Memandangkan Lemon adalah sebiji buah yang baik hati, Lemon tak kisah.Diorang ada kerje penting di tempat lain. Ok jer....

Mana lah tahu.....yang mereke bz kan tu adelah sebab ada program masuk hutan (pada tarikh yang berdekatan dengan majlis kami) lagi under Sir Shit A Lot. Sir pun berpesan "x yah la gtaw dak2 lain".

Heist, jauh panggang dari api. Jauh lagi punggung dari jamban FKP.




So Deghian dan Buaye tak beritahu pada Lemon. Mati-matian Lemon ngan beberape orang lain buat preparation untuk majlis itu. Kami tak kisah sebab ingatkan kami memang tak cukup kakitangan yang berpengalaman. Sampai tahap, ade burung tu buat surat dalam keadaan dia demam tak larat nak berfikir. Kalaw sampai burung tu kene masuk ICU, memang Lemon picit2 budak due ekor nie.

Macam-macam halangan lagi menimpa. Tapi everyone else was doing their best effort no matter how suck they were at the job. So why couldn’t the stupid heads do the same??

Lame kemudian, Lemon dapat tahu kisah sebenar. Agak-agak korang kalau korang kene tipu cam Lemon..korang bengang tak??

MEMANG GAMPANG DAN JALANG BETOL SEBAB TINGGALKAN KENGKAWAN SEMATA MATA NAK MASUK HUTAN.

Ternyatalah. Kami ditipu dalam membuat kerja. Kalau mereke tolong kami...nescaye kami tak tertekan.

Kisah 2

Kisah ini adalah peraivet en kondifensial. Tapi ramai dah yang dah tahu. So, pada y’alls yang disimbah ngan nasi lemak basi oleh deghian dan buaye, sabar2 j la yek. Tak kemane diorang 2 nanti. Tak taw setia kawan mereke letak dimana.

Dalam poketkah???dalam laci kah???atau dah flush kat jamban FKP tadi tu?

Ada orang pernah cakap kat Lemon. For each meetings, especially for friends, there will always be a parting of ways.

Tapi Lemon nak balas, meetings never last forever so that goodbyes won’t last forever too unless u mistook your friends for potatoes then you fry them to make chips. Then it’s goodbye till we all die.



P/S:

Pokoknya disini ya anak2, jangan diikuti sifat2 si kampang dan si calang. Dalam bersahabat, tiada 1 yang lebih penting dari yang 1 lagi. Jujurlah dengan mereka dan hormati mereka. Nescaya mereka akan menyayangi kamu.Ameen.

Adiyos Amigos

Rabu, 26 Ogos 2009

Lemon pergi ngeteh-topik fesyen

Lemon baru sahaja balik daripada sesi 'ngeteh bersama sahabat anda'. Antara topik hangat yang diperdebatkan tadi adalah..
kenapa para pelajar kampus kami ramai yang kurang smart looking?

Hmm... bukan apa..cuma...Lemon dan kawan Lemon rasa tak ramai budak-budak tu yang minat nak bergaya. Bukannya susah. Sekurang-kurangnya kemas dan tak menyakitkan mata. Mereka suka pakai sekadar apa yang ada. Lemon pun pakai sekadar apa yang ada tapi..pandai-pandai lah match kan attire you.

Baju formal + no socks + no ties + kasut santai + tali pinggang kain = that is so not it!

[Baju kurung labuh + tudung labuh + beg besar] x [head to toe semua ada corak]
= erk! korang ingat korang sarung kanvas lukisan?

Baju kuning + tali leher unggu + seluar dockers + kasut sneakers + songkok
+ beg galas hitam = bapak pelik!





Ini lah casual but smart look yang korang patut ikut. Perasan x dia pakai baju plain dan bukan yang striped untuk bussines formal? FYI..senpai-senpai kite pakai macam ini masa MAFAST yang lepas.huhu.



Haaa...yang ini pula adalah contoh sekemas yang mungkin untuk baju formal. Petuanya adalah..dari pinggang hingga ke kasut kene pakai warna hitam. Baju jika ada corak pasangkan dengan tali leher yang kosong or vice versa. Sekarang fesyen untuk orang muda adalah..shimmering tie jenis yang berkilat sedikit itu. Tapi kalau tuan-tuan dan puan-puan dah memang suka dengan bahan-bahan yang berkilau..elakkan daripada kilauan yang melampau pada waktu siang. Nanti kitorang pun pening tengok tudung korang berkilau sampai buta mata kitorang. Tudung-tudung macam itu pakailah pada sebelah malam sahaja.

Owh ye..sebelum Lemon terlupa..Bila pakai baju..pilih 1 style sahaja. Tak perlu campur-campur stail sampai jadi serabut pakaian korang. Kalu rasa nak bussines look...buat sehabis baik sampai nampak seperti di atas. Kalau nak pakai ala-ala alim...alhamdulillah...tapi pakai elok2 sedikit dan rambut confirm kene pendek dan kemas kalau tak nak nampak seperti pious pious cat.





Dan...Jika kengkawan sekahlian terasa nak pakai tai leher pelik-pelik..please...cuba pakai bersama baju tanpa corak preferably warna putih. Tali leher tu pulak....jangan cari fesyen 90-an.JELEK.

Lemon harap kengkawan yang boleh cuba berpakaian sekemas mungkin.Lemon pun...bukannya fashionista tapi Lemon berpendapat bahawa berpakaian kemas adalah sesuatu yang siswa siswi perlu biasakan kerana nanti dah kerja pun pakai lebih kurang macam itu. Kita ambil ijazah. Bukan sijil technician. Bila kita pergi interview...your look is the first thing that they judge. Pada para junior who come across this post tolong AMBIL KISAH. Berpakaian mengikut place, time and occasion akan mendatangkan keyakinan.

Ahad, 19 Julai 2009






Di kesempatan ini Lemon mengcapkan salam perpisahan kepada sahabat baik Lemon. Acer Aspire 4920a. Jasa dan bakti beliau akan sentiasa dikenang. Acer telah meninggalkan kite pada pagi 10 Julai 2009. Beliau telah dibawa lari oleh insan yang menyialkan.


"Acer was more than a friend. We were fated to be together."


Selepas berkenalan dengan Acer, banyak kenangan yang kami cipta bersama dari tanah semenanjung hingga ke indonesia....


"NAMAMU DITANGISI,


PEMERGIANMU DIRATAPI,


KENANGAN BERSAMAMU ABADI."


Semoga akan datang penggantinya untuk menemani Lemon.


"kije ada banyak ni tapi laptup plak x dak. Belasah j la camane pun."

Khamis, 18 Jun 2009

Maka..kebangangan pun berlaku...=(

Ada orang sengaja nak buat Lemon marah..

Final String FA = 'Lelaki baik 1';
Final String A = 'Lelaki baik 2';
Final String Z = 'Lelaki baik 3';
Final String L = 'Lelaki baik @ Lemon lah';
Final String FF = 'Lelaki baik 5';

Final String P = 'Lelaki celaka'

Final String T = 'Kanak-kanak perempuan baik 1';
Final String SL = 'Kanak-kanak kecil baik 2';

//Lemon saja buat gaya gini. Seharusnya para pembaca dari bidang //sains komputer lebih memahami kenapa Lemon buat begini..






L dan yang lain-lain marah pada P. Tapi setakat ni L sahaja yang belum pernah sound P.

Siaplah ko P. L geram (bengang sebenarnya) pada P. Ini kerana dia bongkak dan berlagak baik macam S.O.C ("Suci" Organization Committee). Manusia biasa mesti akan rasa sakit hati pada dia. Atas sebab-sebab berikut :
  1. P mintak tolong but he rarely says "Please".
  2. P sukar sekali mengucapkan "Terima Kasih".
  3. P gemar memandang enteng pada orang lain.
  4. P adalah penyebab utama kami yang lain kena kuarantin macam..



L akan ceritakan panjang lebar...kot.
Kami buat lawatan untuk program universiti. Kami berlapan ada personaliti dan cara kerja yang berbeza. Biasalah. T dari MPP. SL X-protokol. A budak design. Bila dah jadi majmuk sebegitu seharusnya ada perasaan toleransi antara ahli. Barulah ada kerjesama.
Tetapi....TIDAK..pada pandangan P. P merasakan yang dia lebih hebat kerana dia pernah sampai ke Kemboja. Nak dijadikan kisah..P mengambil alih semua tugas kami. Kami sangka niat dia baik. Tapi lama kelamaan nampak sangat bahawasanya P lakukan semua itu kerana dia mengidam untuk meneruskan lawatan itu seperti perancangan dia (tentatif semua dia j yang decide) dengan alasan


"Itu hal aku. X de kene mengena dengan korang"
-P yang celaka -

Sekarang ni Lemon dah ok sikit. Tak marah sangat tapi menyampah tu ada lagi.HUHU.

The following dialouge takes place on a Tuesday;

Orange : Kawan awak yang kene selesema babi tu dah sembuh ke?
Lemon : Seleseme dia dah okey kot. Tapi BABI dia ada lagi.

EXAM SAYANG


Result exam...dah keluar..tidak memberangsangkan...>>>



Lemon rasa sedih jugak...macam kucing ni...

Sabtu, 23 Mei 2009

Family Day????


Nak lagi? dari Family Day bulan ini.

gambar bergerak Gambar ada jer tapi kalau anda nak yang besar tidak sesuai untuk dihantar melalui lawan sawang kerana saiz yang agak besar..ngee~

Tapi Lemon akan cube untuk cari cara upload ke internet. Tengok lah nanti. Sabar ye chocalate cilik..

cuba download sample ni...gambar nabil.

Okaih. Ini link ke folder pertama nah!