Rabu, 26 Ogos 2009

Lemon pergi ngeteh-topik fesyen

Lemon baru sahaja balik daripada sesi 'ngeteh bersama sahabat anda'. Antara topik hangat yang diperdebatkan tadi adalah..
kenapa para pelajar kampus kami ramai yang kurang smart looking?

Hmm... bukan apa..cuma...Lemon dan kawan Lemon rasa tak ramai budak-budak tu yang minat nak bergaya. Bukannya susah. Sekurang-kurangnya kemas dan tak menyakitkan mata. Mereka suka pakai sekadar apa yang ada. Lemon pun pakai sekadar apa yang ada tapi..pandai-pandai lah match kan attire you.

Baju formal + no socks + no ties + kasut santai + tali pinggang kain = that is so not it!

[Baju kurung labuh + tudung labuh + beg besar] x [head to toe semua ada corak]
= erk! korang ingat korang sarung kanvas lukisan?

Baju kuning + tali leher unggu + seluar dockers + kasut sneakers + songkok
+ beg galas hitam = bapak pelik!





Ini lah casual but smart look yang korang patut ikut. Perasan x dia pakai baju plain dan bukan yang striped untuk bussines formal? FYI..senpai-senpai kite pakai macam ini masa MAFAST yang lepas.huhu.



Haaa...yang ini pula adalah contoh sekemas yang mungkin untuk baju formal. Petuanya adalah..dari pinggang hingga ke kasut kene pakai warna hitam. Baju jika ada corak pasangkan dengan tali leher yang kosong or vice versa. Sekarang fesyen untuk orang muda adalah..shimmering tie jenis yang berkilat sedikit itu. Tapi kalau tuan-tuan dan puan-puan dah memang suka dengan bahan-bahan yang berkilau..elakkan daripada kilauan yang melampau pada waktu siang. Nanti kitorang pun pening tengok tudung korang berkilau sampai buta mata kitorang. Tudung-tudung macam itu pakailah pada sebelah malam sahaja.

Owh ye..sebelum Lemon terlupa..Bila pakai baju..pilih 1 style sahaja. Tak perlu campur-campur stail sampai jadi serabut pakaian korang. Kalu rasa nak bussines look...buat sehabis baik sampai nampak seperti di atas. Kalau nak pakai ala-ala alim...alhamdulillah...tapi pakai elok2 sedikit dan rambut confirm kene pendek dan kemas kalau tak nak nampak seperti pious pious cat.





Dan...Jika kengkawan sekahlian terasa nak pakai tai leher pelik-pelik..please...cuba pakai bersama baju tanpa corak preferably warna putih. Tali leher tu pulak....jangan cari fesyen 90-an.JELEK.

Lemon harap kengkawan yang boleh cuba berpakaian sekemas mungkin.Lemon pun...bukannya fashionista tapi Lemon berpendapat bahawa berpakaian kemas adalah sesuatu yang siswa siswi perlu biasakan kerana nanti dah kerja pun pakai lebih kurang macam itu. Kita ambil ijazah. Bukan sijil technician. Bila kita pergi interview...your look is the first thing that they judge. Pada para junior who come across this post tolong AMBIL KISAH. Berpakaian mengikut place, time and occasion akan mendatangkan keyakinan.

5 ulasan:

shu jalal berkata...

walaweh...

leh jd editor fashion magazine...

u speak prada dear.

*salute toing.toing

Razf berkata...

tudung berkilau??

tudung cmane tu??

xpnah nampak pon

orangeHerHunny berkata...

tudung berkilau adalah tido yang terlampau banyak batu permata. Biasa permata kite pakai jadi barang kemas. bukan buat tudung...so...kekalkan...

orangeHerHunny berkata...

prada....uuhhh....ye ke?

Razf berkata...

hahaha..trase aku